7 Krisis Yang Chelsea & Jose Mourinho Perlu Hadapi Sekarang

7 Krisis Yang Chelsea & Jose Mourinho Perlu Hadapi Sekarang

Berita olahraga dan Prediksi sepakbola terkini seputar kejadian dan info terhangat dari lapangan hijau, serta berbagai persiapan tim, gosip, infotaiment, jadwal bola, Liga Cahampions, Indonesia, Spanyol, Inggris, Italia, dan juga berita terkini MotoGP. Informasi berita tentang: 7 Krisis Yang Chelsea & Jose Mourinho Perlu Hadapi Sekarang

Sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Mungkin ini peribahasa Melayu yang paling tepat untuk menggambarkan situasi yang melanda Jose Mourinho dan Chelsea ketika ini.

Ketika ini, Chelsea berada di kedudukan ke-15 liga selepas 10 perlawanan (menang 3, seri 2, kalah 6). Sedangkan pada musim lepas, mereka gah mendahului liga selepas 10 perlawanan (menang 8, seri 2).

Musim ini bukan saja Chelsea perlu berhadapan dengan hal prestasi buruk dalam padang, mereka juga perlu berhadapan beberapa isu di luar padang. Kami senaraikan 5 isu tersebut.

1. Kes mahkamah Dr. Eva Carneiro vs Jose Mourinho

Semuanya bermula apabila Eden Hazard dijatuhkan oleh pertahanan tengah Swansea, Ashley Williams.

Melihat keadaan Hazard yang sedang menahan kesakitan, pengadil perlawanan, Michael Oliver (lihat gambar bawah) memberi isyarat kepada pasukan perubatan Chelsea untuk masuk ke padang dan memberi rawatan.

eden-hazard-chelsea-michael-oliver_3336778

Dr. Eva Carneiro dan fisioterapi, John Fearns terus masuk ke padang selepas melihat isyarat pengadil.

jon-fearn-eva-carneiro-jose-mourinho-eden-hazard-chelsea_3336781

Tetapi Mourinho tidak mahu Dr. Carneiro dan Fearns masuk kerana ia bermakna Chelsea akan bermain dengan 9 pemain buat sementara selepas Thibaut Cortois dibuang padang.

Selepas memberi rawatan, Mourinho dilihat menghamburkan kemarahannya kepada Dr. Carneiro dan Fearns. Kedua-dua mereka dilarang menghadiri perlawanan Chelsea seterusnya selepas insiden tersebut.

Pada hujung bulan September, Dr. Carneiro meletakkan jawatannya dan memulakan kes dakwaan terhadap Jose Mourinho. Dan akhirnya semalam, peguam Dr. Carneiro telah menfailkan kes dakwaan ke atas Mourinho.

Melihatkan prestasi pasukannya yang teruk ketika ini, Mourinho pasti mahu menghabiskan majoriti masanya di padang. Bukannya di mahkamah.

2. Denda oleh England FA

Jose Mourinho didenda oleh England FA selepas cuba masuk ke bilik pengadil, Jon Moss ketika rehat separuh masa perlawanan menentang West Ham.

England FA menghukum Mourinho dengan larangan masuk stadium berkuatkuasa Sabtu ini (menentang Stoke City di Britannia Stadium) dan denda £40,000.

Bagaimanapun Mourinho masih boleh merayu untuk mengurangkan hukumannya.

Inilah adalah hukuman England FA ke-2 yang diterima Mourinho selepas menuduh pengadil ‘takut memberi penalti kepada Chelsea’ ketika kekalahan 1-3 menentang Southampton di Stamford Bridge.

Mourinho didenda dengan larangan masuk stadium dan £50,000. Rayuan pengurangan hukuman Mourinho berjaya dan beliau hanya dikehendaki membayar denda saja.

Berita-berita sebeginilah yang penyokong Chelsea tak mahu dengar kerana ia membawa elemen negativiti kepada kelab mereka.

3. Bilik persalinan Chelsea bukan tempat selamat untuk Mourinho

Selepas kekelahan 1-3 menentang Liverpool di Stamford Birdge, Jose Mourinho mengadakan ‘mesyuarat’ dengan staf kejurulatihannya di tengah padang ketika penyokong Chelsea masih berada di stadium.

2E04FFC600000578-0-image-a-3_1446415291450

Akhbar tabloid UK, Daily Mail membawa video ‘mesyuarat’ tengah padang Mourinho dan stafnya kepada lip-reader expert. Hasil terjemahan lip-reader expert tersebut mendedahkan:

  • Mourinho kecewa dengan prestasi semasa Chelsea
  • Mourinho tak berpuas hati dengan pengadil, Mark Clattenburg kerana tidak menghukum Lucas dengan kad merah
  • Mourinho tak boleh beritahu pemainnya yang persembahan mereka tak bagus
  • Mourinho tahu dia tak boleh biarkan Chelsea kalah vs Dynamo Kiev atau vs Stoke City

Artikel asal boleh di baca di sini: Daily Mail.

OK. Kredibiliti Daily Mail mungkin boleh dipertikaikan ketika melaporkan berita sensasi ini.

Tetapi persoalan paling penting adalah: mengapa Mourinho memilih untuk bercakap dengan stafnya di tengah padang. Bukannya di bilik persalinan?

4. Eden Hazard hilang hormat terhadap Jose Mourinho

24 jam selepas kekalahan 1-3 Chelsea menentang Liverpool, Garry Richardson, pengacara program Sportsweek BBC 5 pada pagi Ahad, mendedahkan ada pemain kesebelasan utama Chelsea memberitahunya – ‘saya lebih rela kalah daripada menang untuk dia (Mourinho)’.

Biasanya kami memandang sebelah mata terhadap berita sebegini.

Tetapi memandangkan Garry Richardson adalah pengacara untuk program berkredibiliti di stesen radio yang berkrediliti, ia membuatkan peminat bola sepak dan kami tertanya-tanya: siapa pemain tersebut?

Ketika ini media UK melaporkan hubungan Eden Hazard dan Mourinho sedang mencapai tahap terendah. Ini menyebabkan khabar angin Hazard ke Real Madrid sedang bertiup kencang.

5. Beberapa pemain Chelsea tidak suka gaya permainan defensif Mourinho

Satu lagi laman web berkredibiliti, The Secret Footballer yang pernah menerbitkan buku The Secret Footballer: Access All Areas mendedahkan beberapa pemain Chelsea tidak suka dengan gaya permainan Chelsea.

The Secret Footballer turut mendedahkan Cesc Fabregas adalah pemain yang paling vokal menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap gaya permainan Chelsea.

I have it on the best authority possible that #CFC players have told Mourinho that they hate the way they play — https://t.co/sIliXaiBS0

— Secret Footballer (@TSF) November 2, 2015

I’m told that Cesc Fabregas is the leader of a mini-revolt at Chelsea – https://t.co/sIliXaiBS0 #CFC

— Secret Footballer (@TSF) November 2, 2015

6. Krisis di bahagian pertahanan

Analisis Jamie Carragher, Frank Lampard dan Gary Neville dalam rancangan Monday Night Football di Sky Sports menunjukkan beberapa kepincangan Chelsea dalam aspek pertahanan.

Malah statistik di bawah juga menunjukkan betapa berbezanya Chelsea musim lepas dengan Chelsea pada musim ini.

rekod-defensif-chelsea-2015-2016

7. Krisis di bahagian serangan juga

Beberapa pemain utama Chelsea juga sudah menunjukkan penurunan ketara dalam persembahan mereka.

chelsea-key-man-2015-2016

Adakah ini bermakna Jose Mourinho sudah tidak boleh memotivasikan pemainnya lagi?

Kesimpulan

Dan Levene adalah bekas wartawan/koresponden Chelsea untuk akhbar Fulham & Hammersmith Chronicle yang dihormati kerana kredibiliti maklumatnya.

Kini menulis untuk Eurosport dan Get West London, Levene melaporkan Jose Mourinho mungkin akan disingkirkan selepas perlawanan menentang Stoke City, menang atau kalah.

View image | gettyimages.com


Jika Mourinho disingkirkan, ia adalah bukti paling nyata tentang player power (kuasa pemain) yang lebih besar daripada kuasa pengurus.

Penyokong Chelsea mungkin lebih rela singkirkan pemain daripada singkirkan Mourinho, tetapi dalam era bola sepak moden, pemain adalah raja sebenar. Bukan penyokong. Dan sudah tentulah bukan jurulatih.

The post 7 Krisis Yang Chelsea & Jose Mourinho Perlu Hadapi Sekarang appeared first on Semuanya BOLA.

Demikian hasil ulasan 7 Krisis Yang Chelsea & Jose Mourinho Perlu Hadapi Sekarang, ikuti perkembangan berita dunia olahraga dan prediksi skor bola menarik lainnya di situs Getbola.net.
--
This message has been scanned for viruses and dangerous content by
E.F.A. Project, and is believed to be clean.